Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad
5. Mencegah Seluruh Anggota Dari Maksiat
Panduan selanjutnya diharuskan setiap murid untuk berusaha mencegah dirinya dan
seluruh anggota dari melakukan maksiat dan dosa. Setiap anggota harus digesa
(diajak bersama) untuk mengerjakan ketaataan
semata-mata kepada dan kerana Allah Taala dan tidak mengerakkan diri dan anggota untuk melakukan sesuatu
melainkan perkara itu boleh dan mendatangkan manfaat pada dirinya di Hari
Akhirat.
Keterangan:
“Dari panduan dan nasihat-nasihat yang lalu, dimana setiap salik dan murid harus mengikuti panduan dan nasihat itu sekiranya niat dan tujuan si salik dan murid itu benar, semata-mata inginkan Allah Taala. Maka dari tajuk diatas itu tidak akan ada sesuatu yang boleh mencegah atau menghalang si salik dan murid yang sudah dan akan mengambil dan melaksanakan panduan dan nasihat dari Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad. Oleh kerana niat dan tujuan si salik itu benar maka dengan dorongan kemauan iaitu rahsia ketuhanan yang sudah dicampakkan kedalam hati si salik dan murid maka selaras (kena) pada niat dan tujuan si salik dan murid maka tumbuhlah pergerakkan dan perbuatan untuk membersihkan diri si salik dan murid dengan segera.

Sangat menyedikan perkara ini tidak akan boleh berlaku pada murid di mana dorongan kemauan_rahsia ketuhanan yang dilimpahkan pada mereka tidak selaras (tidak kena / tidak tepat) oleh kerana niat dan tujuan si salik dan murid itu tidak benar dan bohong belaka. Hanya mereka yang benar niatannya akan mengambil panduan dan garisan ini didalam menjalankan perlaksanaan tersebut. Benarlah kata Imam Habib Abdullah bahwa, dorongan kemauan_rahsia ketuhanan diberikan oleh Allah kepada yang dipilihNya tetapi hanya mereka sahaja yang tidak mahu menerima pemberian Allah Taala. Tidak mahu berusaha dengan sekuat tenaga, tidak mahu istiqamah dalam pelaksanaan. Asyik nak cepat aje. Lekas bosan, lekat penat, suka menangguhkan dan melambatkan. Melihat dorongan batin itu satu perkara yang kecil yang tidak ada harga yang diberikan oleh Allah Taala. Alasan-alasan itu menunjukkan bahwa niatan dan tujuannya tidak benar yang berkuasa pada diri murid sebenarnya ialah Iblis dan Syaitan kerana mereka lebih senang mengikuti nasihat mereka daripada nasihat Imam Habib Abdullah AlHaddad. Maka yang
sebenar benar si salik dan murid yang menjalankan panduan dan nasihat nasihat itulah yang dikatakan oleh Imam Habib Abdullah AlHaddad, hamba yang DIUTAMAKAN oleh Allah Taala. Untuk tidak mengajak diri dan anggota dari melakukan sesuatu yang tidak mendatang kemanfaatan didunia dan akhirat, lihatlah pada niat dan tujuan yang ditanamkan. Hanya itulah jalan yang ada. Selain berdoa.
6. Bencana Lisan
Setiap murid
murid harus bersungguh sungguh dalam memelihara lisan (lidah) mereka kerana bentuk
lisan itu kecil akan tetapi bencananya sangat berat sekali.
Keterangan:
“Langkah seterusnya bagi murid-murid hendaknya menjaga lidah yang zahir dan lidah yang batin daripada mengeluarkan kata-kata yang hina, kata-kata yang mendatangkan dosa dan kata-kata yang tidak mendatangkan faedah. Ikutilah langkah panduan seterusnya;
- Kita mempunyai dua lidah. Yang Zahir terletak dimulut dan Yang Batin letaknya didalam hati. Setiap kali didalam permulaan percakapan baik pada zahir mahupun batin, hendaklah kita berfikir dahulu samada percakapan itu baik atau tidak disisi Allah. Adakah percakapan itu akan menjatuhkan maruah pada orang yang ditujukan percakapan? Perlukah untuk bercakap dan untuk apa dan apa faedahnya?
- Tahanlah lidah daripada bercakap bohong (hanya ingin menunjukkan diri yang betul dan benar, menutup perkara yang sebenar dan lain-lain), tahan lidah dari mengumpat (bercerita pasal orang lain terutama kesalahan orang lain).
- Hindarilah segala percakapan yang dilarang oleh agama.
- Menjaga diri dari mengeluarkan percakapan yang cabul dan kotor.
- Jalan sekali-kali melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri sendiri (jangan suka memasang telinga pada perbualan orang lain) walaupun perbuatan itu tidak haram, namun akan mengeraskan hati dan mensia-siakan waktu tanpa faedah.
- Jangan mengerakkan lidah kecuali membaca AlQuran, Berzikir, Berdoa, Menyampaikan nasihat kepada saudara yang Muslim, Menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan mencegah berbuat munkar (jahat).
- Menyuruh sesuatu hajat keduniaan yang akan membantunya untuk kepentingan akhiratnya.
- Hindarilah lidah menjadi ‘munafiq’; sekiranya susah untuk menjadi orang yang menjaga amanah, lebih baik ‘DIAM’. Petunjuk Jalan Thariqat Nabi saw pernah bersabda; “Setiap percakapan anak Adam dikira atasnya, kecuali berzikir kepada Allah ataupun menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan melarang berbuat munkar (jahat)”.
7. Bencana Telinga Dan Mata.
Ketahuilah, bahwasanya pendengaran dan
penglihatan merupakan dua pintu yang sentiasa terbuka menuju ke hati. Apa saja
yang masuk menerusi kedua pancaindera ini akan sampai kehati. Terlalu banyak
perkara yang didengar dan terlalu banyak perkara yang dilihat oleh mata manusia
dari perkara-perkara yang tidak layak untuk sampai ke dalam hati. Maka susah
untuk dihapuskan bekas-bekas kesan itu. Sebab hati akan segera terpengaruh
dengan segala apa saja yang datang menghampirinya. Apabila hati telah
terpengaruh dengan sesuatu perkara, niscaya sukarlah untuk memadamkan kesan
itu.
Keterangan:
“Bab seterusnya perjelasan tentang peringatan terhadap dua pintu yang tidak diketahui dandisedari akan peranan pintu yang dikatakan sentiasa terbuka. Bermaksud pintu ini tidak ditutup selagi kita masih bernafas walaupun kita didalam tidur iaitu pendengaran dan penglihatan. Sememangnya sudah terlalu banyak yang kita dengar dan lihat dimana kita menyalahkan pengunaan pada kedua pancaindera tersebut. Oleh kerana pendengaran dan penglihatan sudah sebati dengan diri kita sejak kita dilahir tanpa kita mengetahui akan adanya kerusakkan bila disalahgunakan. Kita senantiasa berdepan dengan penglihatan yang terbuka kepada pendengaran didalam kehidupan. Maka sudah sampai saatnya kita menjaga pendengaran dan penglihatan kita supaya tidak mendatangkan kerusakan pada hati. Bila tidak dijaga maka apa saja yang baik atau buruk dari penglihatan dan pendengaran akan terus masuk kedalam hati. Kalau yang baik masuk, alhamdulillah tetapi kalau yang buruk masuk, maka susahlah bagi diri kita untuk mengeluarkannya. Sekiranya dapat dikeluarkan akan tetapi akan eninggalkan kesan. Mudah-mudahan kita dapat pertolongan dari Allah untuk menjaga kedua pintu tersebut dari kerusakkan. Itupun tergantung pada niat kita samada kita benar benar hendak menjaganya atau tidak”.
Seorang murid harus berhati-hati untuk memelihara pendengarannya dan penglihatannya dari perkara-perkara yang tidak baik. Dia harus berusaha bersungguh sungguh untuk membenteng seluruh anggotanya daripada maksiat dan dosa dan daripada campurtangan dalam urusanurusan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya.
Keterangan:
“Seterusnya, setiap murid harus menjaga segala pendengarannya dan penglihatannya dari setiap perkara yang tidak baik. Masalahnya, mana yang dikatakan perkara yang tidak baik pada pendengaran dan penglihatan? Inilah masaalah yang dihadapi oleh setiap murid yang tidak mahu berusaha dalam memahami tajuk ini. Tidak faham dan tidak mahu faham kerana merasa tidak penting untuk mempelajari Hukum Fiqih kerana bagi mereka tidak mustahak.mereka hanya asyik dibuai oleh syaitan untuk belajar Bersuluk (ilmu tasauf) saja. Cukup bagimereka. Tetapi tidak mengambil langkah-langkah seperti telah digariskan. Hanya dok asyikmenunggu. Bashirah murid begini ditutup oleh Allah supaya tidak tahu akan Hukum FiqihNya,dimana tanpa pengetahuan hukum fiqih hanyutlah murid itu didalam perjalanan ilmu bersuluk(sesat). Bentengkanlah segala pendengaran dan penglihatan dan seluruh anggota kamu dengan Hukum Fiqih. Kalau tak tahu akan hukum fiqih maka hendaklah murid itu tanpa lengah lengah belajar Hukum Fiqih jangan terbawa oleh ilmu suluk (ilmu tasauf). Jangan sekali-kalicampurtangan dalam urusan yang tidak ada kena mengena dengan diri kamu. Ingat, pesan ini,jangan campurtangan”.Awas, jangan memandang kepada kenikmatan kehidupan dunia dan keindahannya denganpandangan yang memikat hati kerana sesungguhnya zahir keindahan dunia itu adalah fitnah,penuh dengan bencana dan batinnya pula adalah tauladan penuh dengan makna. Banyak muridyang memandang kepada sesuatu kelazatan dan keindahan (kenikmatan) dunia lalu hatinyaterpikat kepadanya. Maka dia terus mencintainya dan berusaha untuk mengumpul danmenyimpannya.
Keterangan:
(Ini adalah salah satu peringatan keras oleh Habib Abdullah Alwi AlHaddad, dimana setiap salik dan murid tidak dibenarkan untuk memandang kepada kenikmatan kehidupan dunia dan segala keindahannya. Bila pandangan mereka tertumpu pada kenikmatan dunia, maka akan menjeratkan hati untuk mendapatkannya. Oleh kerana salik dan murid tidak memahami istilah bagaimana untuk mengambil dan bila untuk menolak pandangan kepada segala keindahandunia maka akan terperangkaplah mereka. Sebagai contoh; bagi sesiapa yang sudah menikmati (dapat) pekerjaan iaitu rezki yang telah diberikan oleh Allah Taala sebagai keperluan untuk kehidupan hambaNya, diizinkan hambaNya dapat beribadah dan sentiasa dapat RASA untuk bersyukur dan juga sentiasa dapat berdamping dengan alim ulama danorang-orang Sholeh. Bila mana pandangan kenikmatan dunia ini disalah pandang, maka Allah Taala meletakkan rezki lain dan pada pandangan salik dan murid sebagai satu lagi nikmat yang lebih besar dari Allah Taala maka ditinggalkan rezki yang pertama dan menyahut rezki yang kedua. Maka akan lalailah dan akan gelaplah hati salik dan murid yang terperangkap oleh hawanya sendiri. Begitu juga dengan orang yang berniaga. Kerana rezki pertama itu rezki sebenar,rezki yang kedua belum tentu lagi. Maha Suci Allah Taala dengan IlmuNya menguji hambaNya”. Setiap murid harus memandu penglihatannya kepada segala ciptaan-ciptaan Tuhan supaya tidak melihat daripadanya melainkan dengan pandangan penuh insaf dan i’tibar. Ketika melihat kepada sesuatu ciptaan hendaklah mengingat bahwa ciptaan itu akan binasa dan pergi tidak kembali lagi. Sebelumnya semua ciptaan-ciptaan itu tidak ada, lalu Allah mengadakannya dan betapa banyak anak Adam yang telah terpikat dan terpengaruh dengan ciptaan-ciptaanNya akan tetapi mereka itu telah pergi dan binasa, manakala ciptaan-ciptaan Tuhan itu tetap akan ditinggalkannya untuk diwarisi oleh orang orang yang terbelakang dari orang-orang yangterdahulu.
Keterangan:
(Subhanallah, salah satu kesilapan yang dilakukan oleh salik dan murid tidak dapat
pandangan (melihat) yang rezki yang Allah Taala itu adalah CIPTAANNYA, kerana apa? Sebelumnya rezki itu tidak ada pada diri salik dan murid, Subhanallah. Kita sering melihatnikmat Allah tetapi bukan dengan pandangan PENUH INSAF! dan I’TIBAR. Pandangan dengan Insaf adalah memahami rezki dalam apa bentuk juapun adalah CIPTAANNYA, dimana Dia dengan sifat QudratNya untuk mengadakan ciptaan itu dan MEMBERHENTIKAN CIPTAANNYA! Pandangan dengan I’tibar adalah tidak memandang pada CIPTAANYA yang tidak mengena dengan diri kita. Kerana bila memaling pandangan pada rezki yang telah diberikanNya menandakan seolah-olah kita tidak bersyukur pada pemberianNya. Kalau bersyukur, kenapaboleh paling ke rezki yang lain, yang belum tentu ada? Itu menandakan kurang Adab. Lihatlahkeliling kita, berapa banyak ciptaan Allah yang telah diciptakan dan telah dihentikanNya.Contoh; Ayah dan ibu, dulu ada, sekarang tak ada. Wang Ringgit, semalam ada, hari ini tak ada. Dulu ada kerja, sekarang tak ada. Dulu bujang, sekarang ada famili dan banyak banyaklagi. BUKANKAH INI CIPTAANNYA. Kalau ada wang ringgit, harta berupa rumah maka akan ditinggalkan juga untuk diwarisi atau direbut-rebutkan. Kalau tak nak tinggalkan wangringgit dan harta maka wang ringgit dan harta akan tinggalkan kita juga”.Lantaran itu wahai murid, lihatlah kepada ciptaan-ciptaan Allah yang ada sekarang ini, tetapijangan melekat penglihatan dalam hati. Lihatlah dengan pandangan seorang yang mengaku kesempurnaanya kekuasaan Zat yang mencipta dan yang mengadakannya; iaitu Allah swt.
Sebenarnya, semua ciptaan-ciptaan Allah Taala yang ada diatas muka bumi ini senantiasamenyeru dengan lidahnya, didengar oleh orang-orang yang bercahaya hatinya yang dapat melihat kepada sesuatu dengan Nur Allah Taala bahwasanya Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tuhan Maha Kuasa Lagi Bijaksana.

(Disalin dari pustaka Majelis Muhyin Nufuus)
semoga bermanfaat.. ya..