Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad
12. Roh Ibadat
Ketahuilah, bahwa roh semua ibadat dan maksudnya, ialah menghadirkan diri dihadirat Allah swt. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat yang kosong dari menghadirkan diri, maka ibadat itu sia-sia dan tiada berguna. Perumpaan orang yang tiada menghadirkan diri dihadirat Allah Taala didalam peribadatannya, samalah seperti seorang yang menghadiahkan kepada seorang Maharaja barang yang rusak, ataupun sebuat peti yang kosong tiada berisi apa-apa. Bukankah sepatutnya orang ini mendapat siksa dan tidak diberi balasan terhadap hadiahnya?
Ketahuilah, bahwa roh semua ibadat dan maksudnya, ialah menghadirkan diri dihadirat Allah swt. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat yang kosong dari menghadirkan diri, maka ibadat itu sia-sia dan tiada berguna. Perumpaan orang yang tiada menghadirkan diri dihadirat Allah Taala didalam peribadatannya, samalah seperti seorang yang menghadiahkan kepada seorang Maharaja barang yang rusak, ataupun sebuat peti yang kosong tiada berisi apa-apa. Bukankah sepatutnya orang ini mendapat siksa dan tidak diberi balasan terhadap hadiahnya?
Keterangan:
“Bab ini tersangat penting bagi semua muslimin, murid dan salik kerana ia berkaitan dengan Ibu Ibadah. Maka perkara ini tidak boleh diambil mudah atau diperkecilkan atau tidak dihiraukan maka akibatnya semua ibadahnya menjadi rosak dan tidak diterima oleh Allah Taala. Segala perbuatan ibadah ketaatan, pengabdian dan segala amal-amal kebajikan akan menjadi sia-sia belaka tetapi apa yang didapati hanya penat lelah dan sangkaan yang salah kerana menganggap diterima ibadahnya.
Maka maksud Roh Ibadat dari Habib Abdullah Alwi Al-Haddad ialah menghadirkan diri dihadirat Allah Taala. Maksud menghadirkan diri adalah berhadapan dan menumpukan perhatian kepada Allah dimana bukan saja berhadapan dengan hati tetapi dengan jiwa dan raga dimana terbagi didalam 3 bahagian seperti berikut:
Ketaatan, Pengabdian dan Amal Kebajikan:
- 1.Ketaatan; Dilaksanakan dalam menuruti segala perintah dan menjauhi segala larangan dari Allah Taala seperti; sholat, puasa, zakat dan haji. Ini yang katakan ketaatan dan beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakannya dengan baik.
- Pengabdian; Dilaksanakan dalam penghambaan terhadap Allah Taala. Iaitu melayani segala suruhan dan menjauhi segala larangan Tuan (Tuhan)nya itulah kerja sihamba. Kalau tidak dapat melayan kehendak Tuan, bukan hamba namanya.
- Amal Kebajikan; Dilaksanakan dalam perkara-perkara sunnah yang dibawa dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw, para sahabat beliau dan para salaf seperti, sholat sunnat, puasa sunnat, berzikir, berdoa, membaca AlQuran dan segala perkara yang berhubungan diantara manusia dan manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat melaksanakan dengan baik dan dengan sempurna akan
- ketiga-tiga perkara diatas dan amat rugilah bagi sesiapa yang tidak melaksanakan atau melaksanakan dengan tidak baik dan dengan tidak sempurna. Ketahuilah; ketiga-tiga perkara itu wajib disertakan dengan kehadiran diri (hati) jika menginginkan keridhaan dari Allah Taala.
Langkah-langkah yang mudah untuk menghadirkan diri didalam ketaatan, pengabdian dan amal kebajikan seperti berikut;
Untuk ketaatan yang paling penting ialah KEHADIRAN DIRI (HATI) dimana tanpanya maka perlaksanaan ketaatan ditolak dan tidak berguna. Ambillah langkah-langkah seperti;
Untuk ketaatan yang paling penting ialah KEHADIRAN DIRI (HATI) dimana tanpanya maka perlaksanaan ketaatan ditolak dan tidak berguna. Ambillah langkah-langkah seperti;
- Faham akan segala rukun sholat, dimana letaknya sah dan batalnya. Dimana wajib dan dimana sunnat dan pelaksanaannya.
- Memohon keizinan dariNya supaya dapat melaksanakan perintah suruhannya dengan baik sebelum sholat.
- Berabdab dengan baik dan menyakinkan diri kamu akan berhadapan kepada wajahNya. Seperti kamu berhadapan dengan seorang raja dunia atau orang mulia samada bersangkut pada dunia ataupun akhirat. Maka berhadapan denganNya haruslah lebih-lebih lagi.
- Menanamkan keyakinan bahwa Dia melihat (memperhatikan perbuatan kamu yang zahir batin) dan mendengar segala apa yang keluar dari lidah dan hati kamu.
- Tanamkan keyakinan bahwa Allah Melihat dan Mendengar (sekiranya kamu lemah didalam menghadapkan hati dan wajah kamu).
- Mengangkat takbir dengan penuh khusyu’ disertakan dengan menzahirkan kaabah
- (bagi sesiapa yang lemah keyakinannya bahwa Allah Melihat dan Mendengar) dengan perasaan merendahkan diri kepada Kebesaran dan KeagunganNya.
- Hendaklah memahami takbiratul ihram akan maknanya yang sebenar.
- Memahami makna surah-surah yang dibaca dan wajib memahami makna surah fatihah.
- Membaca tahiyat awal dan akhir dengan penuh kesedaran dan memberi salam kepada Nabi Muhammad saw dengan seikhlas-ikhlasnya dengan menghadapkan hati kamu ke maqamnya.
- Semasa rukun sujud hendaklah bermohon padanya dan membuat pengakuan kepadaNya dengan ikhlas.
- Memberi salam dengan merasai akan terpisahnya diri kamu dan kembali ke dunia. Begitulah langkah-langkah yang sederhana yang harus diterapkan semasa mendirikan ketaatan didalam sholat bagi setiap muslimin.
Jangan sekali-kali kamu tidak menghadirkan hati dan jiwa raga kepadaNya kerana perbuatan kamu itu akan mengundang akan KemarahanNya dan boleh mendapat bencana di dunia ini kemudian diakhirat kelak dikeranakan kamu tidak beradab bila berhadapan denganNya tetapiboleh beradab dengan makhluknya terutama manusia. Sekiranya fikiran kamu melayang sebentar maka lekas-lekas menanamkan keyakinan bahwa Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar”.
13. Peranan Zikir
Hal yang penting bagi orang yang menuju ke jalan Allah, sesudah mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan, ialah berzikir kepada Allah swt. Wahai murid yang budiman, berzikirkepada Allah Taala dengan lisan dan dengan hati, pada setiap munasabah dan pada setiapwaktu dan tempat. Adapun zikir yang terkumpul didalamnya segala maksud zikir-zikir dan tujuan-tujuannya yang zahir mahupun batin, iaitu sebutan La ilaaha illallaah (Tiada Tuhan melainkan Allah). Zikir inilah yang wajib dilazimkan oleh orang-orang permulaan menuju ke jalan Allah dan yang wajib kembali kepadaNya oleh orang-orang yang telah sampai ke ke puncak makrifatullah. Sesiapa yang ingin merasakan sesuatu rahasia dari rahasia-rahasia thariqat dan disingkap tabirbaginya dengan sesuatu cahaya Nur Hakikat, maka hendaklah ia melazimkan diri denganberzikir kepada Allah Taala dengan hati yang hadir, penuh adab dan tertib dengan tujuan yangbenar serta tawajjuh (menghadapkan diri) yang penuh khusyu’ dan tawaddhu Apabila semua sifat-sifat ini terkumpul pada diri seseorang ketika berzikir, maka mudah tersingkap baginya al-Malakut al-A’la (kerajaan Allah yang maha tinggi) dan rohnya akanmencapai ke kemuncak Haqaaiq al-Alam al-Ashfa (hakikat-hakikat alam yang suci) dan matahatinya akan melihat dengan jelas al-Jamal al-Aqdas al-Asmaa (kecantikan suci yang mahatinggi).
Keterangan:
“Kepada para murid dan salik yang memiliki cita-cita yang sebenar. Sesudah mengerjakanperintah dan meninggalkan laranganNya hendaknya jangan sekali-kali meninggalkan zikirkepadaNya. Berzikirlah (Ingatlah padaNya) dengan lidah dan hati yang sedar tanpa lalaidisetiap kali pada setiap waktu dan tempat. Zikir sangat mujarab dan amat berkesan dan akanmenjadi sebagai pendinding bagi sesiapa yang dapat mengamalkan dengan baik sehinggamenjadi darah daging. Zikir ini akan bertindak sebagai pelindung dan sebagai peringatanbagi pengamalnya didalam mengharungi kehidupan dunia dan diakhirat kelak. Sekali lagijangan tinggalkan zikir. Sebagai tanda bagi sesiapa yang tidak meninggalkan zikir harian, adalah merupakan tanda ada perhubungan yang dijalinkan dan atas izin Tuhannya. Zikir yang paling utama bagi setiap murid dan salik yang berthariqat adalah La ilaaha illallaah. Inilah zikir yang teragung, yang tertinggi bagi segala zikir-zikir. Dengan kalimat inilah Nabi Muhammad saw diutuskan kedunia dengan tugas menyampaikan perintah TuhanNya bahwa Tiada Tuhan melainkan Allah. Zikir inilah yang harus dilazimkan oleh dimana terkumpul didalamnya segala maksud zikir-zikir dan tujuan yang zahir ataupun batin. Maka jangan tinggalkan atau abaikan dalam apa juga keadaan. Zikir Tahlil atau dinamakan juga Zikir Tauhid adalah pengamal-pengamal permulaan menuju kejalan Allah juga wajib dilazimkan bagi mereka yang berkeinginan untuk kembali kepadaNya dan juga bagi mereka yang telah sampai kepuncak makrifatullah.
Bagi siapa (murid dan salik) yang ingin mendapatkan dan merasakan sesuatu rahasia rahasia thariqat dan tersingkapnya tabir yang menghalanginya dengan sesuatu maka hendaklah sentiasa berzikir dengan Zikir Tauhid dengan hati yang hadir (menyadari apa yang dibacanya), dengan beradab serta tertib juga bersandarkan tujuan yang benar (tidak ada apa apa hajat yang melencong), menghadapkan dirinya dengan penuh khusyu’ serta dengan kerendahan hati dan ikhlas. Insyallah atas izin Allah akan tercapailah hajat untuk mencapai rahasia-rahasia tersebut. Bila mana kesemua syarat dan sifat sudah terkumpul pada seseorang yang berzikir maka akan tersingkaplah baginya al-Malakut al-A’la iaitu dapat melihat kerajaan Allah yang Maha Tinggi) dan rohnya akan mendaki, naik ke puncak Haqaaiq al-Alam al-Ashfa iaitu dapat melihat hakikat sebenarnya alam-alam yang suci yang dimiliki oleh Allah dan mata hatinya akan dapat melihat dengan jelas al-Jamal al-Aqdas al-Asmaa iaitu keindahan yang suci dan sifat-sifat nama ketuhanan yang Maha Tinggi)”.
14. Mukasyafah (penyingkapan rahasia)
Diantara perkara-perkara yang bisa membahayakan seorang murid ialah mencita-citakan (menginginkan) Mukasyafah (penyingkapan rahasia-rahasia Tuhan) dan berharap keramatserta perkara-perkara diluar kebiasaan adat berlaku atas dirinya.
Ingatlah wahai murid, bahwa perkara-perkara serupa ini tidak akan muncul selagi kamu dituntut atau diminta-minta dengan berdasarkan hawa dan nafsu kerana pada kebiasaanya ia tidak akan muncul melainkan pada orang-orang yang membencinya dan tidak menduganya sama sekali.
Keterangan:
“Kebanyakkan murid dan salik bercita-cita untuk memperolehi ‘mukasyafah’ yaitu terbukanya rahasia-rahasia Tuhan dan bila terbukanya rahasia ketuhanan maka beralihlah ia untuk mencapai kedudukkan keramat yang mempunyai perkara-perkara diluar kebiasaan adat resam sebagai manusia biasa kerana tercapainya kedudukkan keramat akan membawanya kepada kedudukkan luar biasa, macam ‘superman’. Ingatlah wahai murid dan salik, perkara ini tidak akan datang selagi kamu mencarinya atau meminta-minta dengan berlandaskan hawa nafsu. Kerana pada kebiasaanya keramat ini tidak akan datang melainkan pada orang-orang yang
sangat membencinya dan tidak sangka sama sekali bila ia datang. Orang yang benci pada kedudukkan keramat ini adalah semata-mata tidak mahu diganggu oleh manusia lain kerana tumpuan yang selama ini diberikan untuk Allah akan beralih kepada manusia dengan terpaksa melayani fi’il tabiat manusia yang hanya ingin kesenangan dan menolak kesusuhankerana kebanyakkan manusia seperti ini adalah manusia yang buta mata hatinya”.Adakalanya perkara-perkara seumpama keramat dan sebagainya itu terjadi juga pada golongan orang yang tertipu dengan cita-cita untuk mencelakakan dirinya dan sebagai suatu pengujian terhadap kamu Mu’minin yang lemah I’tikadnya. Semua itu tidak boleh dikira sebagai keramat yang benar, malah ia merupakan sebagai suatu penghinaan kepada orangorang yang mendakwa keramat itu. Sebab keramat hanya lahir (ada) pada orang-orang ahli istiqamah, yakni orang-orang yang sudah terkenal lurus dalam perjalanannya.
Keterangan:
“Kadang-kadang perkara seperti keramat berlaku juga pada orang yang tertipu dengan angan-angannya. Ini adalah sebagai hukuman dari Allah untuk mencelakakan dirinya dan sebagai pelajaran bagi kaum mu’minin yang lemah keyakinannya terhadap Allah Taala. Sekiranya berlaku juga sesuatu diluar dugaan manusia itu adalah ‘ketetapan hukum yang berlaku pada masa itu’ bukan pada keramat seperti yang didakwa oleh orang yang tertipu dan orang yang ditipu. Keramat hanya akan datang pada orang-orang yang ahli didalam istiqamah sahaja. Lain cara jangan haraplah! Istiqamah didalam menjalankan ketaatan perintah Allah Taala dan RasulNya. Sangatlah mudah untuk mengetahui seseorang itu menerima anugerah keramat ataupun tidak, lihatlah akan ketaatannya pada perintah Allah dan RasulNya. Mudah bukan! Maka dengan itu janganlah lekas terperdaya dengan dakwaan seseorang itu keramat atau tidak, lihatlah pada istiqamahnya”. Wahai kamu murid! Sekiranya Allah Taala telah memberikan penghormatan keramat kepada kamu, maka hendaklah kamu mensyukuriNya. Awas, janganlah pula kamu berhenti dari meneruskan amalan kamu lantaran keramat itu telah muncul atas diri kamu. Juga hendaklah kamu tidak bermegah sangat dengan keramat itu, lalu kamu mengantungkan semua harapan ke atasnya. Hendaklah kamu merahsiakan keramat itu dari orang ramai dan jangan membicarakannya dengan mereka.
* Demikian Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad, Lebih dan kurangnya saya mohon maaf, semoga keberkahan melimpah kepada kita semua. amiin... Al Fatihah.
(Disalin dari pustaka Majelis Muhyin Nufuus)
semoga bermanfaat.. ya..