Jumat, 26 Februari 2016

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad - 6

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

10. Sembahyang  Tahajjud  Ditengah Malam

Adakan waktu untuk kita bangun bertahajjud ditengah malam, sebab malam itu adalah waktu seorang hamba berkhalwat dengan tuannya. Oleh itu hendaklah kita memperbanyak tadharru’dan istighfar ditengahmalam. Jangan lupa bermunajat kepada Tuhan kita dengan bahasa yangmerendah diri dan berserah diri dengan hati yang penuh yakin tentang kelemahan dan ketidakupayaandiri. Awas, jangan sekali-kali diabaikan bangun ditengahmalam. Jangan sampaiwaktu berjaga malam itu tiba melainkan kamu segera bangun serta berzikir kepada Allah swt.

Keterangan:
“Alhamdulillah, syukur pada Allah Taala yang telah menjadikan malam supaya manusia dapat istirahatkan badan setelah mencari rezki pada siang hari didunia supaya dapat menyehatkan badan untuk meneruskan pencarian rezkiNya yang telah ditaburkan oleh Para Malaikat pada malam hari berikutnya dan keesokan hari.




Subhanallah, Maha Suci Allah, yang telah menjadikan malam itu juga sebagai majlis khas untuk para hambaNya yang menginginkan bantuan, perlingungan, pertolongan, keselamatan,kesejahteraan, keampunan dan keridhaanNya dari segala gangguan dunia dan keselamatan akhirat sesudah menjalan kewajipan-kewajipan sebagai manusia. Dimana Dia dengan sifat kasih sayangNya telah membentangkan permaidani sambil menunggu hambaNya datang untuk mendengar permohonan dengan menghadapkan wajahnya kepada wajahNya yang suci.

Setiap malam tanpa henti dan tanpa jemu, diturunkan rahmat dariNya dan Dia memberi, membahagikan dan menurunkan pada sesiapa yang menginginkan bantuan, perlingungan, pertolongan, keselamatan, kesejahteraan, keampunan dan keridhaanNya hanya duduk dipermaidani yang sudah dibentangkan olehNya dengan menundukkan muka, merendahkan suara kepada Kebesaran dan KeagunganNya dengan di iringi kesedaran sifat Kasih SayangNya, sambil meluahkan segala ketidakmampuan dan kelemahan diri untuk menjalankan kewajipan-kewajipan ketaatan dan menjauhkan diri dari segala perkara maksiat danlaranganNya dengan tidak menceburkan diri dalam perbuatan bida’ah dan juga berserah diri kepadaNya. Dimanakah boleh dapat pemberian yang sebesar begini? Pada hal, Dia yang menunggu, kita yang lalai.

Dia hendak membahagi, kita tidak mahu menerima. Kita yang buta mata hati dan berdetik soalan dari hati, Kenapa? Nak buat apa? Aku penat! Akumengantuk. Besok nak kerja. Besok ada rancangan dengan famili. Besok ada meeting besar,Besok meeting penentuan, mungkin aku boleh jadi kaya, Besok nak jumpa kawan. Sekarang aku bersama kawan-kawan. Sekarang aku bersama kaum kerabat dan banyak-banyak lagisoalan yang akan dikeluarkan oleh hawa nafsu. Mungkin itu yang akan tercetus dari lubuk hati kamu. Semua perkara yang jahat adab ini dapat dengan mudah lakukan. Macam adaloceng (alarm) memberitahu akan urusan-urusan yang wajib ditepati. Daifnya kita. Lemahnya diri dan tebal punya bodoh. Mudah-mudahan tidak.
Sebenarnya kita dihadang olehNya (tak dapat melihat hakikatnya)! Dengan tidak ada
kefahaman itu maka kita diberatkan lagi oleh hawa nafsu dan syaitan. Maka dengan itu wahai setiap murid, adakan masa (mengetepikan masa) untuk bangun bertahajjud ditengahmalam untuk duduk dipermaidani yang telah dibentangkan dan beribadahlah, mengakulah dirimu menghendaki bantuan, perlindungan dan pertolongan dan merayulah kepadaNya sekuat tenaga dan berserah diri kepadaNya, bukan dengan cara berpekik-pekik, jangan salah faham. Asyik salah faham yang diikuti, tak paham, tak nak Tanya. Bodoh lagi, bila nak keluar dari tong kebodohan! Asyik malu nak tanya konon, sebenarnya rasa sudah pandai. Masyallah.Nauzubillah. Jangan abaikan dirimu terlena oleh peluhkan hawa (bukan pelukan dunia) yang mengaysikkan. Jangan waktu malam datang kamu masih dipembaringan atau dilalaikan oleh makhluknya. Bangunlah dan berzikirlah kepadaNya”.

11. Memelihara Sembahyang Lima Waktu
Hendaklah para murid mengambil berat dalam mendirikan sembahyang lima waktu dengan menyempurnakan berdirinya, bacaanya, khusyu’nya, ruku’nya, sujudnya dan seterusnya terhadap rukun-rukun dan sunnat-sunnatnya. Sebelum memulakan sembahyang hendaklah kamu ingat didalam hati bahwa kamu akan berhadapan dengan Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Agung. Ingat, jangan sekali-kali kamu bermunajat kepada Raja dari sekelian raja dan Pembesar dari sekalian pembesar dengan hati yang lalai, terlena didalam awang-awangan kealpaan dan waswas, menerawang didalam lapangan angan-angan dan pemikiran keduniaan,
kelak kamu akan dimurkai Allah Taala dan dihalau dari pintu menuju kepadaNya. Rasulullah saw bersadba;
“Apabila seorang hamba berdiri untuk menunaikan sembahyang, maka Allah Taala akan memerhatikan gerak-gerinya. Apabila sihamba menoleh kebelakang. Allah Taala akan berkata kepadanya: Hai anak Adam! Engkau telah menoleh kepada siapa yang lebih baik lagi bagimu daripadaKu! Jika ia menoleh lagi, Allah Taala akan berkata sekali lagi seperti yang tersebut tadi.Jika ia menoleh kali ketiga, maka Allah Taala akan memalingkan perhatianNya dari orang itu”

Kalau orang yang menoleh dengan wajahnya yang zahir saja, Allah Taala telah memalingkan perhatian daripadanya, apatah lagi jika ia memalingkan hatinya didalam sembahyang kepada urusan-urusan keduniaan dan keindahannya, tentulah lebih-lebih lagi. Allah Taala tidak melihat kepada tubuh badan manusia dan perkara-perkara yang zahir akan tetapi Diamemandang hati manusia dan batinnya.

Keterangan :
“Dalam Bab ini, Habib Abdullah AlHaddad menyuruh setiap salik dan setiap murid wajib mengambil berat dalam mendirikan sembahyang lima waktu yang difardhukan oleh Allah Taala kerana ini adalah tanda tanda bagi mereka yang beriman seperti berikut;
  • Kewajipan sembahyang diwajibkan keatas setiap manusia yang sudah baligh atau sudah mengalami mimpi, cukup umurnya dan dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Kewajipan ini akan gugur bila seseorang yang mengalami keuzuran, gila dan nyayuk. Bila tidak ada keuzuran yang disebutkan tadi maka  kewajipan sembahyang tidak boleh ditinggalkan. Kalau ditinggalkan maka hukumnya berdosa.
  • Pengucapan dua kalimat syahadat hendaklah dilafazkan kerana pengucapan (ikrar) kepada Allah Taala iaitu pengakuan jauh didalam hatinya bahwa Allah adalah Tuhannya dan pengakuan bahwa Muhammad adalah RasulNya. Bererti bila seseorang yang sudah baligh dan membuat pengucapan syahadat maka kewajipan sholat dilaksanakan pada dirinya. Sekiranya dia tidak membuat pengucapan pada dua kalimat syahadat itu walaupun dia sudah mencapai usia baligh maka haram untuk dirinya mendirikan sholat kerana tidak ada pengakuan dari dirinya.
  •  Sholat adalah tanda seseorang yang mengamalkan perintah Tuhannya sekaligus
  • menunjukkan perbezaan antara orang yang hanya mengaku beriman dan yang tidak beriman. Yang bertopeng dan yang tidak bertopeng. Yang mengaku beragama Islam pada hal tidak. Yang hanya memakai nama Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam dan tidak patuh pada perintah dan menjauhi larangNya. Maka berdosalah dia kepada Tuhannya. 
  • Sholat adalah batas pemisah antara seseorang yang beriman pada Allah dan RasulNya dan seseorang yang tidak mendirikan sholat mereka termasuk dalam kumpulan musyrik dan fasiq. Perbezaan yang sangat ketara dan jauhkan dirimu dari mereka yang dicapkan oleh Allah Taala dan RasulNya sebagai orang yang musyrik dan fasiq kalau nak selamat didunia dan diakhirat.
  • Sempurnakan segala Rukun Sholat dan Sunnat-sunnatnya. Kalau tak tahu dan tak faham, pergi belajar. Kerana untuk menyempurnakan qiyam (berdiri), rukuk dan sujud dan segala sunnat-sunnat boleh dipelajari melalui bab rukun-rukun sholat dan sunnat-sunnat sholat. 
  • Harus mengambil berat tentang bacaan surah-surahnya dengan tartil dan mengetahui maknanya. Kerana dapat membantu dirinya untuk mendapatkan khusyu’.
  • Sebelum menginjakkan kaki kesejadah hendaklah kamu tanamkan dalam hati bahwa dirimu akan berhadapan dengan Allah Taala Yang Maha Mulia, Maha Agung (Besar) dan Maha Pengasih dan Penyayang.
  • Jangan berdoa pada Allah dengan hati yang lalai, hati yang tidak tertumpu pada
  • kebesaranNya. Tekankan selalu didalam sembahyang bahwa Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar bilamana kamu berada didalam hati yang lalai. Amalkan selalu cara ini.
  • Jauhkan dirimu bila berhadapan denganNya dari was-was. Kerana was-was itu adalah tiupan dari syaitan yang tidak mahu kamu menumpukan perhatian kamu padaNya.
  • Jangan ikutkan pikiran kamu yang melayang pada angan-angan dan memikirkan dunia (dalam sholat, ingat apa nak buat lepas sholat) ini juga adalah hembusan dari syaitan.
  •  Ingat, bilamana kamu menunaikan sholat, Allah Taala akan memerhatikan segala gerakgerikamu. Jangan bermain dengan tubuh badanmu! Kalau kamu menoleh kebelakang (bermaksud; hilang berhatian kamu sampai ketiga kali, maka Allah akan memalingkan perhatianNya dari kamu). Ingat!Jauhkan dirimu dari segala yang disebutkan diatas supaya kamu tidak mendapat kemurkaan (kemarahan) Allah Taala dan dihalaunya diri kamu dari pintu (bermaksud ingat) menujukepadaNya.
(Disalin dari pustaka Majelis Muhyin Nufuus)


semoga bermanfaat.. ya.. 

Komentar