Risalatul
Murid Habib Abullah al Haddad
3. Memelihara Diri Dari Dosa
Setiap murid harus menjauhkan diri dari melakukan dosa dosa kecil apatah lagi dosa besar seperti menjauhi dari mengambil minuman yang beracun. Hendaklah takut untuk melakukan dosa lebih pada takut dan gentar jika terminum dan termakan racun yang mematikan. Sebab dosa dan maksiat akan mematikan hati seperti racun membinasakan badan.
Keterangan:
“Mengapakah kita boleh dan sanggup melakukan dosa kecil atau dosa besar? Tetapi akan TAKUT bila seseorang memberitahu bahwa makanan ataupun minuman mengandungi racun dan serta merta maka akan menjauhi dari mengambil makanan ataupun minuman itu. Mengapa perkara ini tidak berlaku pada diri kita semasa melakukan dosa kecil ataupun dosa besar? Adakah kerana tidak ada khabar akan perbuatan dosa kecil dan besar akan membinasakan badan dan mendapat siksaan dari Allah Taala? Alasan apa yang hendak diberikan sedangkan, keterangan dari AlQuran sudah dijelaskan. Nabi dan RasulNya sudah mengingatkan. Para Ulama sudah maklumkan dan Para Guru sudah mengkhabarkannya. Yang menjadi masalah pada diri adalah kerana tidak mempunyai perasaan TAKUT PADA ALLAH. Kenapa tidak ada PERASAAN TAKUT PADA ALLAH seperti MENJAUHI MAKANAN ATAU MINUMAN YANG BERACUN? Ini disebabkan oleh tiada Iman (tidak ada kepercayaan kepada hukum Allah Taala). Kerana apa tidak ada kepercayaan? Tidak

MENGENAL TUHANNYA? Kenapa tidak mengenali Tuhannya. Kerana tidak ada ILMU. Kenapa tidak ada ILMU? Tidak mahu belajar. Kenapa tidak mahu belajar? Saya tak dapat jawab . . . Sebab Iblis pun TAKUT pada ALLAH. Kalau manusia tidak TAKUT PADA ALLAH nak letak manusia KAT MANA ? ? ?”
Adapun hati bila sudah binasa maka akan binasalah bersamanya diakhirat yang menyebabkan seseorang tidak akan terselamat dari kemurkaan Allah dan siksaanya. Hanya orang yang hatinya suci bersih saja yang dapat menuju kepada Allah untuk mendapat keredhaan dan balasan pahalaNya.
Keterangan:
“Habib Abdullah menjelaskan, bila hati sudah binasa akan bersamanya diakhirat daripada terselamat dari kemurkaan Allah dan siksaanya. Manusia bila hatinya sudah binasa dapat dilihat dari percakapan dan perbuatan semasa hidupnya didunia dan dia sendiri yang menunjukkan dirinya sebagai calon manusia yang mendapat kemurkaan Allah dan siksaanya. Berlindunglah diri kita daripada mendapat jemputan percalonan dari Allah swt yang diberi keistimewaan akan kemurkaan dan siksaanya dan bermohon ampunan untuk mereka dan kita semua, Amin. Hanya hati seseorang yang suci bersih sahaja yang dapat menuju kepadaNya. Dengan itu haruslah kita menjaga hati kita perpandukan AlQuran, Sunnah Nabi saw, Panduan dan Garisan yang ditunjuk dan diajarkan oleh para habaib, ulama dan guru guru”.

4. Memelihara Hati
Setiap murid (baik suka atau tidak, sekiranya dia mengakui dirinya sebagai seorang murid yang menuntut) harus berusaha memelihara hatinya daripada rasa Was Was, Cita Cita Kosong(suka berangan angan) dan apa saja yang datang dalam fikirannya yang kotor. Pintu hati setiap murid harus didirikan sesuai dengan dibangunkannya dinding supaya dapatmengawasi sesuatu yang datang menghampirinya. Sekiranya tidak ada persiapan batas dan dan dinding pada diri setiap murid, mana mungkin dapat dilihat gejala gejala yang disebutkan diatas tadi masuk dan merusakkan diri murid itu. Apabila hati sudah rusak akan menjadi susah untuk mengeluarkan penyakit yang sudah berselaput didalamnya. Sepertinya dari usia muda sudah banyak melalaikan tanggungjawab sebagai hamba tuhan dengan tidak menjalankan kewajipan dan menjauhi laranganNya. Pastinya gejala gejala itu sudah melekat seakan-akan sudah dipatri. Kerana itulah setiap murid harus sentiasa membersihkan hatinya yang menjadi tempat pandangan Tuhan supaya hati tidak tertarik pada pujukkan hawa nafsu dan syahwat keduniaan. Murid murid harus memelihara hatinya dan harus mengenali musuh-musuhnya supaya tidak melangkah masuk kesempadan dan dinding yang telah dibangunkan, tidak masuk kerumahnya,dimana boleh membawanya jauh dari Allah swt. Tanpa mengenali musuh-musuhnya manamungkin dapat menghalang dari serangan mereka?
Keterangan:
Perhatian harus di tekankan seperti berikut: Petunjuk Jalan Thariqat
1. “Memelihara
hati dari sifat sifat dendam khusumat, sifat hasad dengki, sifat suka
menipu dan sifat suka membelit terhadap kaum Muslimin.
menipu dan sifat suka membelit terhadap kaum Muslimin.
2. Jangan
sekali-kali suka pada sangkaan buruk terhadap sesiapapun dari kaum
Mu’minin. Sebaiknya ditujukan hatinya untuk menasihati kaum Muslimin, bersifat
pengasih dan sentiasa bersangka baik kepada semua orang. Sifat begini sangat susah untuk diamalkan kerana sentiasa melihat akan kelemahan orang lain khususnya seperguruan. Hanya dia INGAT dia yang faham dan suka ketawakan rakan seperguruan dan orang lain.

3. Segala
kebaikan yang disukai harus disukai untuk orang lain. Jangan halang orang lain
untuk dapat membuat kebaikan.
4. Setiap murid
harus mengetahui bahwa hati mempunyai berbagai penyakit-penyakit yang lebih
berat, lebik buruk dan lebih busuk dari maksiat-maksiat pancaindera. Oleh kerana
ada penyakit itulah maka murid tidak boleh menerima makrifatullah (mengenal Allah)
akan kecintaanNya melainkan di hapuskan habis-habisan penyakit itu. Contoh penyakit
yang bahaya ini ialah sifat membesarkan diri atau bongkak, riya’ dan hasad dengki.
Bila ada sifat membesar diri menandakan kurang akal (kefahaman tak ada / tak faham)
dan jahil. Siapa yang membesarkan diri, tidak ada rasa kebimbangan sekiranya dia
meninggi diri terhadap orang lain dengan apa yang Allah kurniakan
kelebihankelebihanNya kelak Allah akan erampas semula segala kurniaNya
disebabkan kelakuan dan perbuatannya yang buruk yang ingin MENCUBA MENANDINGI
KUASA TUHAN dalam Sifat KebesaranNya. Manakala sifat riya’ pula suka
menunjuk-nunjuk menandakan hatinya kosong daripada sifat suka membesarkan Allah
dan suka mengagungkan Allah kerana amal yang dibuatnya hanya pura pura saja.
Dia merasa kurang puas amalnya jika diketahui oleh Tuhan Rabbul Alamin saja.
Jadi kena tunjuk pada orang lain yang dia tu Alim, Wara, ada Ilmu dan tempat
orang menanyakan fatwa.
5. Selain dari
itu, harus setiap murid menjaga pancainderanya seperti mata, jangan
melihat apa-apa yang haram, yang shubhat, apa yang boleh menaikkan syahwat.
Mulut, jangan banyak cakap. Sebaliknya banyak diamkan diri. Banyakkan membaca
Quran, Zikir dan berdoa. Jaga mulut daripada terkeluar perkataan-perkataan yang
kotor dan boleh menjatuhkan maruah kaum muslim dan bukan muslim. Telinga, jangan mendengar cerita-cerita bohong, cerita kosong, cerita menaruh harapan dan lain-lain. Jadikan telinga suka mendengar bacaan Quran, Zikir, dan Berdoa. Suka mendengar nasihat-nasihat dan lain-lain. Tangan, jagalah tangan daripada mengambil barang kepunyaan orang lain tanpa izin. Jangan nak tunjuk kuat dengan tangan, asyik nak tumbuk orang aje hingga lupa tumbukkan dari Tuhan tak nampak. adikan tangan itu suka kepada kebajikan, mengambil wudhu, mengambil Quran, mengambil Tasbih dan lain-lain. Kaki, jadikan kaki suka dan redha ke masjid, ketempat kuliah, menziarah ulama, menziarah orang sakit, menziarah kubur dan lain-lain. Masyallah. Banyak sangatlah.

6. Setiap murid
hendaklah berzuhud didunia. Sekiranya tidak mampu berzuhud didunia hendaklah menuntut
dunia (mintak) dari Pemilik dunia itu sendiri; iaitu Allah swt. Semua hati
manusia berada didalam genggaman Tuhan.
7. Jauhkan,
buang sifat hasad kerana sifat hasad jelas menentang kekuasaan Allah Taala dan
membantah akan kudratNya dalam kerajaanNya. Allah swt menganugerahkan nikmatNya
kepada setiap hambaNya dan sudah semestinya atas kehendakNya. Sekiranya setiap
hamba khususnya murid memilih sesuatu yang bertentangan dengan apa yang
dipilihkan oleh Allah swt itu menandakan sihamba sudah melakukan kurang ajar
terhadap Allah swt dan wajib mendapat kemurkaanNya.
8. Tidak baik
memeram dengki terhadap sesiapa yang bersaing dengannya dalam sesuatu tujuan
ataupun yang pernah membantunya dalam sesuatu urusan.
9. Harus
menanamkan rasa cinta terhadap saudara saudaranya didalam hati serta
berusaha dengan zahirnya mengajak dan mengumpul mereka supaya belajar agama untuk menuju ke jalan Allah dan berlumba lumba dalam mentaatiNya.
berusaha dengan zahirnya mengajak dan mengumpul mereka supaya belajar agama untuk menuju ke jalan Allah dan berlumba lumba dalam mentaatiNya.
10. Jauhkan pada
Cintakan Dunia kerana itu ada Pokok Segala Bencana sebagaimana tersebut didalam
sebuah hadis. “Jika hati terselamat dari penyakit cintakan dunia, niscaya ia
menjadi putih dan bersih, baik dan bercahaya; dan ketika itu sesuailah untuk
menerima limpahan cahaya dari Allah swt dan mudahlah baginya untuk menyingkap
(menangkap) rahasia-rahasia Tuhan”.
(disalin dari Pustaka Majelis Muhyin Nufuus)
Semoga bermanfaat..