Jumat, 26 Februari 2016

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad - 7

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

12. Roh Ibadat
Ketahuilah, bahwa roh semua ibadat dan maksudnya, ialah menghadirkan diri dihadirat Allah swt. Barangsiapa yang mengerjakan ibadat yang kosong dari menghadirkan diri, maka ibadat itu sia-sia dan tiada berguna. Perumpaan orang yang tiada menghadirkan diri dihadirat Allah Taala didalam peribadatannya, samalah seperti seorang yang menghadiahkan kepada seorang Maharaja barang yang rusak, ataupun sebuat peti yang kosong tiada berisi apa-apa. Bukankah sepatutnya orang ini mendapat siksa dan tidak diberi balasan terhadap hadiahnya?

Keterangan:
“Bab ini tersangat penting bagi semua muslimin, murid dan salik kerana ia berkaitan dengan Ibu Ibadah. Maka perkara ini tidak boleh diambil mudah atau diperkecilkan atau tidak dihiraukan maka akibatnya semua ibadahnya menjadi rosak dan tidak diterima oleh Allah Taala. Segala perbuatan ibadah ketaatan, pengabdian dan segala amal-amal kebajikan akan menjadi sia-sia belaka tetapi apa yang didapati hanya penat lelah dan sangkaan yang salah kerana menganggap diterima ibadahnya.

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad - 6

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

10. Sembahyang  Tahajjud  Ditengah Malam

Adakan waktu untuk kita bangun bertahajjud ditengah malam, sebab malam itu adalah waktu seorang hamba berkhalwat dengan tuannya. Oleh itu hendaklah kita memperbanyak tadharru’dan istighfar ditengahmalam. Jangan lupa bermunajat kepada Tuhan kita dengan bahasa yangmerendah diri dan berserah diri dengan hati yang penuh yakin tentang kelemahan dan ketidakupayaandiri. Awas, jangan sekali-kali diabaikan bangun ditengahmalam. Jangan sampaiwaktu berjaga malam itu tiba melainkan kamu segera bangun serta berzikir kepada Allah swt.

Keterangan:
“Alhamdulillah, syukur pada Allah Taala yang telah menjadikan malam supaya manusia dapat istirahatkan badan setelah mencari rezki pada siang hari didunia supaya dapat menyehatkan badan untuk meneruskan pencarian rezkiNya yang telah ditaburkan oleh Para Malaikat pada malam hari berikutnya dan keesokan hari.


Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad - 5

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

8. Sentiasa Dalam Taharah
Setiap murid hendaknya sentiasa didalam taharah (wudhu). Setiap kali berhadas, hendaknya segara berwudhu lalu sembahyang dua rakaat. Sekiranya dia mempunyai isteri dan dia bersetubuh, maka hendaklah dia segera mandi janabah (mandi bersih) pada masa itu juga supaya dia tidak terus menerus dalam keadaan junub (kotor).

Keterangan:
“Islam dibangunkan berlandas Kesucian (kebersihan) Jasmani dan Rohani supaya dapat mencapai Akhlak yang Mulia seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah saw dimana setiap murid yang ingin mencapai Akhlak yang Mulia disisi Allah Taala harus mencontohi Rasulullah saw kerana beliau saw senantiasa didalam kebersihan dengan taharah (wudhu). Hikmah taharah (wudhu) sebenarnya adalah sebagai pendinding bagi sesiapa yang bertaharah (berwudhu) dengan sempurna semata-mata untuk Allah Taala kerana selalu merasa ingin mengadap kepadaNya samada didalam Hak Waktu ataupun diluar Hak Waktu. Bila wudhu seseorang sempurna berlandaskan hukum syariat dan sejalan dengan niatnya insyallah maka akan sempurnalah wudhunya. Bila wudhunya benar dan hatinya benar maka insyallah sholatnya benar. Untuk mengetahui samada wudhu dan sholatnya sempurna


Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad - 4

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

5. Mencegah Seluruh Anggota Dari Maksiat

Panduan selanjutnya diharuskan setiap murid untuk berusaha mencegah dirinya dan seluruh anggota dari melakukan maksiat dan dosa. Setiap anggota harus digesa (diajak bersama) untuk  mengerjakan ketaataan semata-mata kepada dan kerana Allah Taala dan tidak mengerakkan  diri dan anggota untuk melakukan sesuatu melainkan perkara itu boleh dan mendatangkan manfaat pada dirinya di Hari Akhirat.

 Keterangan:
“Dari panduan dan nasihat-nasihat yang lalu, dimana setiap salik dan murid harus mengikuti panduan dan nasihat itu sekiranya niat dan tujuan si salik dan murid itu benar, semata-mata inginkan Allah Taala. Maka dari tajuk diatas itu tidak akan ada sesuatu yang boleh mencegah atau menghalang si salik dan murid yang sudah dan akan mengambil dan melaksanakan panduan dan nasihat dari Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad. Oleh kerana niat dan tujuan si salik itu benar maka dengan dorongan kemauan iaitu rahsia ketuhanan yang sudah dicampakkan kedalam hati si salik dan murid maka selaras (kena) pada niat dan tujuan si salik dan murid maka tumbuhlah pergerakkan dan perbuatan untuk membersihkan diri si salik dan murid dengan segera.


Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad - 3


Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

3. Memelihara Diri Dari Dosa

Setiap murid harus menjauhkan diri dari melakukan dosa dosa kecil apatah lagi dosa besar seperti menjauhi dari mengambil minuman yang beracun. Hendaklah takut untuk melakukan dosa lebih pada takut dan gentar jika terminum dan termakan racun yang mematikan. Sebab dosa dan maksiat akan mematikan hati seperti racun membinasakan badan.


Keterangan:
“Mengapakah kita boleh dan sanggup melakukan dosa kecil atau dosa besar? Tetapi akan TAKUT bila seseorang memberitahu bahwa makanan ataupun minuman mengandungi racun dan serta merta maka akan menjauhi dari mengambil makanan ataupun minuman itu. Mengapa perkara ini tidak berlaku pada diri kita semasa melakukan dosa kecil ataupun dosa besar? Adakah kerana tidak ada khabar akan perbuatan dosa kecil dan besar akan membinasakan badan dan mendapat siksaan dari Allah Taala? Alasan apa yang hendak diberikan sedangkan, keterangan dari AlQuran sudah dijelaskan. Nabi dan RasulNya sudah mengingatkan. Para Ulama sudah maklumkan dan Para Guru sudah mengkhabarkannya. Yang menjadi masalah pada diri adalah kerana tidak mempunyai perasaan TAKUT PADA ALLAH. Kenapa tidak ada PERASAAN TAKUT PADA ALLAH seperti MENJAUHI MAKANAN ATAU MINUMAN YANG BERACUN? Ini disebabkan oleh tiada Iman (tidak ada kepercayaan kepada hukum Allah Taala). Kerana apa tidak ada kepercayaan? Tidak


Komentar